Ruang Tamu

nn

pengikut.kut.ku ;)

Monday, September 5, 2011

review- raya 2011


aiseh. jiwa aku dari awal ramadan da berkobar-kobar nak update blog.tapi hareem...
pasai aura telos dari hati ke hati tidak kunjung tiba.
haa..kan..kan..aku dah dapat rasa sejuk mula mendarat kat telapak kaki gebu aku ni...mula naik...
dan keTELOSan tu sudaaa maaiii daa... intro mcm cicak mati terkejot.

boleh beta mula bicara? dari awal ramadan meme da rasa memacam nak tulis, sebab nak tulis la.
selepas itu, beta dapat panggilan dr gabenor beso, so banyak entry2 menarik terlepas...ni member ni punya pasal, aku baca..so, jiwa memberontak nak taip juga.

TIKA RAMADAN :


ni aku kumpulkan segala flash2 back2 review2 aku time ramadan.
alhamdulilah, semuanya sempurna...ye la, dpt berbuka dan bersahur dr awal hingga akhir bersama keluarga tercinta. makanan yg bukan calang kepalang...lagi ramai lagi beronok-ronok.
TIPU, kalau aku beritahu setiap detik setiap saat yang aku lalui semuanya seronok. ada juga dugaan dan cobaan yang terselit. aku hanya mampu gambarkan yang ianya mengajar seribu pengertian pengorbanan dalam institusi kekeluargaan. iya, bentuk pembelajaran dari segi pemerhatian sebagai seorang ANAK.
kalau KESEMPURNAAN yang kita tekadkan utk kecapi, jgn berangan...
sebab manusia itu tidak sempurna, terimalah SEADANYA kerna dari situ kita bertatih dalam membentuk sifat memberi dan menerima.

aku dikotak beroda
pasang mata diluar sana
lihat lakonan manusia
megah menyusun langkah

aku dikotak beroda
pasang mata disebalik tiang
tonton manusia beronda dangan letihnya
batang jalan mula lenggang
mentari terik mungkin asbabnya

kotak beronda mula mengah
lihat sesaknya dikaki lima
berjinjing plastik murah bohongya
aku tonton hingga telos, terus, berus...

-gila punya ending.

fuhh, meme seronok tengok orang shopping sakan. baju mcm2, tudung jgn cakap...rumpai laut segala semua versi jual. sumpah! santik!


bila da akhir2 ramadan ni, meme sure2 la terawih aku gongak. aku perempuan, kau tau kan.
bila perempuan dapur la. kuih raya mula bertepik-tepik. dr pagi hingga tgh malam tebonya.
tapi aku tak. aku lain.
aku kat hospital. bersama sis maya bergilir2-gilir di wad.

syukur dgn pinjaman kenikmatan yang kau diberi pinjam...
bila-bila masa Allah nak duga, 
bila-bila masa juga kau akan terduduk kelu tak terkata..
ingat setiap bibit kau cemuhkan....

TIKA SYAWAL :

alhamdulilah lagi sekali. aku satufamily dpt juga bersama beraya. tapi tahun ini lain
sebab arwah atok  tak bersama. serius lain. nenek pengubat rindu aku pada atok.
aku rindu cerita atok.pesan atok....kalau atok tau aku dapat masuk U, mesti atok seronok.
atok seronok mesti dgn air mata...haiishhh...aku xsuka air mata.



tahun ni, tahun bertuah aku kot, tak putus-putus rejeki hinggap.
aku gumbira.

jiwa aku da resah. 
dada da sembab. 
mata da kilat.
telinga da dengung.
fikiran aku carca marba.
tinggal sehari je utk aku menghabiskan masa kat rumah...
batuk teruk aku datang balik.
perit tekak...

aku takut esakan aku wat aku terpukul sendiri
remuk dada berbaur suram.
suram dialir disungai kelam
kelam disinar cahaya malam
malam yang hitam legam... 


nota cookies : 
-gud luck kawan2 yg dpt smbg degree. semoga korung berjaya! dan dipermudahkan segala urusan.
-gud luck juga opal trial esok. wat betei-betei na...

rasa tak terlambat lagi kot. okey.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.



Thursday, August 11, 2011

sadis punya lukisan



duduk sopan aku melihat gelagat anak buah di ruang tamu sambil berbicara bahasa mengkarung, iya itu bahasa kita seusia mereka. aku cuba mencuri gambar mereka dari sudut pandang beriya-iya...mereka dapat merasa mamarazzi ambil gambar.
mereka lari menyerbu sambil jari mereka beraksi sedemikan rupa.

aku apa lagi, mula merasa diri digilai. aku betulkan jilbab yang sudah betul kononya.

warisan bugis ini mereka.

snap snip snop. lagi dan lagi...mereka beraksi kalah mario ozowo.
aku keletihan melayan, aku capai kertas beserta pensil beri mereka rehat minda bersama lukisan kononya.
samakan? -ayuni

aku patung, mereka lukis
aku lukis, mereka pula pepatung.

lukisan yang agak baik aku cuba sampaikan...mereka suka sampai simpan cermat dalam beg bagasi milik mereka. aku puas, lukisan aku kepada mereka..kerna tangan aku meme seni. kih3..riak? tidak sama sekali!

tetapi aku bengang. kenapa pabila aku menjadi patung, sedemikian rupa mereka lontarkan!
sungguh tidak adil...aku cukup bergaya tika itu. tetapi, bagai puntianak harum sundal menyundal malam sabtu mereka ukirkan.

sungguh lama aku nantikan lukisan mereka. soalan bertubi-tubi berbaur arahan dituju kepada aku.
-senyum mcm ni! *otot aku mula jem
-jangan gerak-gerak! *aku berdengus
-jangan kelip-kelip! *aku beliakkan mata
-jap..ada lidah? *terjuir lidah aku tunjukkan kepada mereka...



sebelah kiri yang kononya AKU.. =..=, dr air tangan ayuni..he

nota ; haha..apepun, aku seronok bersama mereka.
almaklumla jarang bertemu. bila berkumpul mcm2 ragam.

Tuesday, August 9, 2011

iya! itu A.K.U


"Teet...." satu kiriman berbaur ucapan bunga lenakan tidur kedengaran.
inilah aku, bila rasa jiwa tersentap sikit, mulalah nak menulis...nak muntahkan apa yang dalam fikiran.

Iya! aku puas bila aku menulis...
Iya! aku mula menulis tidak kira dalam apa situasi
Iya! aku sedang menulis dalam tespad addmath adik aku
Iya! aku mencuri..



Kadang-kadang aku meme tak dapat lari dari perasaan
Hari-hari cuba sucikan hati macam safi rania tu...
baca kiriman berunsur pupuk diri kononya, utk jadi budak lebih baik kononya lagi...

~aku tak boleh jadi macam semut, sebab hari-hari semut dengan kengkawan, kumpulkan makan. aku tak nampak pun dia susukan anak dia,
~ aku tak boleh jadi macam lebah, sebab lebah permaisuri dia GRO, tiap hari betelur. *aiseh
~ aku tak boleh jadi macam lipan, sebab lipan tak pandai jaga anak.
...
~Aku nak jadi macam kucing, sebab sifat keibuan itulahh yang menjadi superb di mata aku yg bergelar manusia! *toodiaaa...baru mukaddimah di awal bicara.


Kesamaran dalam diri itu lah yang menjadi aku merangkak, meraba-raba untuk mencari identiti diri. Serius beb! *mean aku tidak bermain-main...aku tidak kenal lagi jiwa aku hok tang mana..
aku nak cerita..waktu Form5, aku buat semakan kenali identiti diri tu..yang kena jumpa kaunselor untuk mendapatkan borang, dan dari situ kita dapat tahu kita boleh jadi apa...
Soalan dia dalam 100 lebih, jawab YA / TIDAK sampai lebam,..

dan dukacitanya yang aku nak habaq, aku telah temui jawapan yang boleh buat aku kerat dua puluh tiga kuku jari.
"AKU DALAM KONDENSI BAHAYA"...
itu yang mampu aku hembuskan Y.Y


jangan kata aku tak ada masa depan. sebab itu dedoluuu...sekarang aku da merancang untuk jadi lebih baik..*kan aku dah kata tadi...

-sebab...tiada SHORT-FORM!
baik bukan?? =..=



Wednesday, July 20, 2011

belajar menerima

setelah sampai seru, baru aku rse mood mula bekoba-koba nak update...

alhamdulilah...ada tempat juga aku Shadiya Laderlah utk msuk Universiti
da besa rupanya aku...
aku xsgka la dpt sana...
batul2 xsangka...

itu aku letak masih 1st isi pilihan tu, but....aku da tuka
awat dy x amik yg aku telah update...
aku dpt pilihan ke-4..

...
...
aku x dapat UPM, sedih...
btw, mybe rezeki aku da ditempat kat serawak..
iya...barangkali...di sana.. =.='

andai itu suratan,
aku terima seluas lautan,
untuk ku melangkah...
setapak demi setapak...
Y.Y

serius, aku dalam dilemma~
tetiba...speechless..

maaf, bukan tika ini utk aku kumitkan
biar hati yg rundum cela
biar mata yg tafsir segala
biar telinga yg fahami naluri

...
...










Sunday, July 3, 2011

hang hutang aku satu naa...


salam 1 durian..
sbb apa 1 durian, sbb....

pagi2 da dok keliling kebun, mengah2...
n satu bakul durian dpt balik..
tu pun en.monyet yg guguqkan..
*buat tempoyak

hish!...monyet2..
n pulang hanya
satu durian,
satu bahagian,
satu ulas
yg dpt dijamah...
~alhamdulilah...

pagi2, shad teman sis maya date *sarapan sma kot~ noktah.
*xley ckp lelebay..nnti kne cuci...lalala

belah ptg, kami bertiga membuat sesi membakar lemak..
sungguh terserlah, pabila kebakaran itu terasa pada bahagian
itu.ini.sana.sini
kami mandi peluh..

tapi...tika kami berasak saling membalah, *main badminton la
shad n sis maya VS opal

mcm maya ngn opal je main...
hati aku menggerutu tau x!!!! *ceh..nak luah ni..
mana aci! not deal dhe...
pastu, bila terasa diri da jadi mcm kucing je
tgok bola mcm tgok ikan...
aku un, dok je la kt tengah...smbil muka lapar...

**PAANNGGG G
...

...

...
adeyyhhhh....
*gaya mata juling

rasa mcm kepala ni di hentam dgn buah durian...
tau x durian cm ne?
cm ni!


kepala di smatch oleh sis maya yg tgn dy mcm dinasor *hyperbola..
huh...

ini mmg suh aku bla cpat ni..
FINE..FINE..
kena gelak ngn abah Y.Y

bukan ku minta simpati
bukan ku minta di gelak
bukan ku minta di pukul
sedemikin rupa..

haha..*poyo je

btw..xda pape, aku still bole makan,
bole beza baik buruk
xnyanyuk mana pun...
chilll~

just...
sis maya!

hang utang aku satu bola naaa....

he.






Tuesday, June 28, 2011

rindu waktu itu~


salam kenangan..




huh, hari ni je, berduyun-duyun kengkawan lama tyme kat SKP&SKTP jumpa balik
mcm2 kenangan..
kengkawan2 yg mcm2 ragam, gaya, lagak...
bila da besa cam ni jumpa balik..

da matang da skg, xde da hingus2..
dr comel lotey betuka slim melym
dr serabai betuka smart minimart
dr kuat jerit voltan versi pecah gelas betuka lembut

erm..btw, ini lah rona2 kehidupan...
bila da kata kawan...mesti seronok,
bercerita yg lepas2, walaupun kadang2 pahit utk dikongsi...

walaupun ada rakan2 yg fikir aku macam2...
aku tak kisah, sbb korang penah jadi kawan aku..
aku doakan, kau bahagia dgn hidup korang.

utk sekarang dan akan berlaku sat lagi...
shh.. i follow *salleh yaacob! =..='

~alone dirumah.
abah ade appmnt date ngn doktor kat hospital sungai buloh..
sungguh lama x update blog...
dari abah operate hingga la ni..baru terasa nak tetulis..
opal pun ada appmnt date gak, tapi kat jb, dia sorang2 gak naik bus ke cna..
bgus la, boleh adjust diri kt cna...
nur, skola..acap, kemas kebun yg mula disinari haruman durian...yeaha..!
*tak sabar nk tggu durian runtuh, pulasan pulas...

::: 2 MINGGU(CUTI SKOLA) LEPAS, DI HOS.SG.BULOH::::

aku, abah n ibu, trip pertama gerak ke KL, aku drive dr jb > kl..
alhamdulilah, semuanya selamat,
sis anis smbut dr tol bangi...so, hari yg penuh keletihan.

malam 11.45, abah dimasukkn ke ICU, sbb tekann drh semua tggi..
yek la, seharian abah xtido, sbb semenjk abah sakit, sesape drive pun
abah xkan tdo...abah tman shad seharian..kesian abah..
sementara tggu pressure abah stabil, kami selang seli, reda kan abah, bagi abah
xbyk fikir..sis era tidurkan abah...sapu2 kening abah...masa tu
shad nampak sgt abah x tenang...sbb, kiri kanan abah pesakit yg teruk2...
shad n sis anis tggu kat luar, tetiba selisih ngn cousin, abg benil, ank dy hakim
muntah darah non stop dr lepas asar td...kesian hakim. btw, skrg dy da ok..

so, malam tu...dlm area 2 pagi, baru semua selesai, abah dimasukkan di icu
xda sorang pun bole teman abah...sbb doktr xbg..
abah terpaksa tdo sorang mlm ni..
so, kami gerak ke balai pelawat utk bermalam disana..
sampai2, kami tdo beralaskan tikar, sbb da keletihan sgt...
kesian ibu, xtdo sbb risau abah sorang2, mcm mne abah nk gie toilet...ibu xtdo mlm tu
nasib baik solat jama' dipermudahkan bg musafir..

kami xbole ke wad lagi, sbb masa melawat
12.30-2.00 ngn 4.30 - 7.00
so, kami siap2 kan apa yg patut kat balai pelawat...da mcm rumah kami je kat situ..
tapikan, duduk kat hospital mmg membawa diri ni seribu keinsafan..
mcm2 sakit jumpa..dugaan Allah, itu la, org kata sakit ni adalah dosa kita, i'allah kat akhirat
nanti diringankan, sbb kat dunia Allah da balas dan uji umatnya...

shad ngn sis era gerak ke wad abah, abah sdey je ..
abah kata "korang da x syg abah"...
sebak shad ngn sis era...
rupanya abah jatuh, kat bilik air sorang2...abah sndri bangun...
sis era ngadu kt bhg kaunter, nurse tu muka jaki je jwb..
"eh, bell kan ada, sape suruh xtekan.."
erm...

lepas dpt tau, ibu naik, mcm buat kecoh kat wad tu..
"i dgar husbnd i jatuh sorang2 kat toilet...mcm mana boleh jatuh?"
"knp dy x tekan bell?'
" u ckp seribu kali pun, dy xkn ingat nak tekan bell...i nk jumpa doktr"
nasib baik doktr ada tyme tu..dktr pun xsgka, nurse xckp pape pun kt dy..

alhamdulilah, abah da ditukarkan wad neurologi 7C, ada penjaga...lebih selesa,
kat wad tu, mejoriti, pesakit kepala mereka xbulat, ade yg mcm2 rupa..
xde tempurung kepala...dan mejoriti gak, dyorg nunggang motor...
dan xsemestinya pakai helmet kepala anda selamat...yg penting jgn bwa laju2 la..
ish..takut tgok..

so, seminggu teman abah kat wad..
mlm yg sgt sejuk...
byk kali operation date abh..asik tangguh je..coz, ada orang lebih memerlukan
emergency case...
so, hr yg telah diconfemkan
selasa 31.5.2011 hari selasa...
dr pkul 8 hingga 12.15...

alhamdulilah, semuanya selamat....abah da sedar.
suara abah lain, perut abah lain..

"Terima kasih Ya Allah, kerana permudahkan segala urusan dan memberi kekuatan kpd abahku..sesungguhnya kau
maha perancang..."

esoknye~ kami sambut father's day kt wad..
thnks secret recipe~


esok,esoknya..doktr da bg pulang..sbb abah da confident bertapak dan berjalan~

Abah sakit Hydrosifulus, atau bahasa kampungnye
kalau budak kecik kepala besar, ini kena dkt org dewasa...oleh kerana
dewasa tempurung da keras, so dy akan memberi pressure pada otak...

so, skrg apa dipasangkan shunt pada kepala n sambung di perut...so, air yg berlebihan pada
otak akan terus keluar bersama urine.



Simptom

Simptom SHYMA yang paling kerap dikenal pasti ialah gangguan gaya jalan, kognisi dan kawalanpundi kencing. Sakit kepala yang kronik juga biasa dilaporkan.

Gangguan gaya jalan adalah seperti tindakan gopoh (cluminess) dan kesukaran untuk berjalan di atas permukaan yang tidak sama-rata atau tangga. Ketidak normalan gaya jalan yang lemah dapat dilihat sewaktu pemeriksaan klinikal dijalankan dengan teliti. Walau bagaimanapun, gangguan gaya jalan yang jelas.

Tanda-tanda jangkitan kuman dan shunt tidak berfungsi

Tanda-tanda mungkin berlainan untuk setiap pesakit

Antara tanda-tanda:

a. Muntah-muntah

b. Sakit kepala

c. Penglibatan kabur/kurang

d. Letih

e. Pertukaran personaliti

f. Hilang kawalan atau koordinasi

g. Bengkak atau merah-merah sepanjang laluan shunt

h. Cepat mengantuk /susah untuk jaga dari tidur

i. Tidak waras atau hilang daya berfikir

j. Demam panas

ThX sis era from bos beliau~









Wednesday, May 25, 2011

riwayat ketam.


salam ketam!

buat pertama kalinye, aku siang ketam.

9.00 am kat luar bersama parang wa berus ;
*mcm mana nak siang ketam?...
sambil termenung melihat mayat ketam digari
bersama tali rapia.

- ketam digari.
...
...
...

berlari manja menuju ke phone,

wa ; abah, siang ketam cm ne?
aba ; belah dua jek.
wa ; abis tu, bont** dye?
aba ; haa..buang..buang..
wa ; ok. lob u

tet. perbualan abis da.

...
...

termenung melihat stucture ketam yg menghairankan...
tetiba, terfikir la..

mana jantan, mana betina?

...
...

panggg!!
terburai..hancoo! malangnye peserta pertama.
*aku silap...belah dr cengkerang.
mau tidak nye hanco...

=rupa-rupanya, nak belah cantek nek, belah dr bawah..
baru x terburai...

...
...
lari manja mencapai ganggang phone...

wa ; pal, mcm mne nak bezakan taik dgn telur?
opal ; taik yg hijau+busuk, telo dia biasanya kat cengkerang..
wa ; tet! hempas ganggang, berlari sama ketam.
grrrr....
..
..
..

hoho..buknya nak ckp apa..ketam satu kuali,
tgn wa ade la sekerat dua calar balar, da kata pes tyme.
nasib baik tak chikukunya kena cium ngn nyamuk punya pasal.

well, mom..i can do la.
buknnya anak laki jek ley wat..

sambal ketam versi 2jam punya siang
.tet.

- blurp. >,<