Ruang Tamu

nn

pengikut.kut.ku ;)

Monday, September 5, 2011

review- raya 2011


aiseh. jiwa aku dari awal ramadan da berkobar-kobar nak update blog.tapi hareem...
pasai aura telos dari hati ke hati tidak kunjung tiba.
haa..kan..kan..aku dah dapat rasa sejuk mula mendarat kat telapak kaki gebu aku ni...mula naik...
dan keTELOSan tu sudaaa maaiii daa... intro mcm cicak mati terkejot.

boleh beta mula bicara? dari awal ramadan meme da rasa memacam nak tulis, sebab nak tulis la.
selepas itu, beta dapat panggilan dr gabenor beso, so banyak entry2 menarik terlepas...ni member ni punya pasal, aku baca..so, jiwa memberontak nak taip juga.

TIKA RAMADAN :


ni aku kumpulkan segala flash2 back2 review2 aku time ramadan.
alhamdulilah, semuanya sempurna...ye la, dpt berbuka dan bersahur dr awal hingga akhir bersama keluarga tercinta. makanan yg bukan calang kepalang...lagi ramai lagi beronok-ronok.
TIPU, kalau aku beritahu setiap detik setiap saat yang aku lalui semuanya seronok. ada juga dugaan dan cobaan yang terselit. aku hanya mampu gambarkan yang ianya mengajar seribu pengertian pengorbanan dalam institusi kekeluargaan. iya, bentuk pembelajaran dari segi pemerhatian sebagai seorang ANAK.
kalau KESEMPURNAAN yang kita tekadkan utk kecapi, jgn berangan...
sebab manusia itu tidak sempurna, terimalah SEADANYA kerna dari situ kita bertatih dalam membentuk sifat memberi dan menerima.

aku dikotak beroda
pasang mata diluar sana
lihat lakonan manusia
megah menyusun langkah

aku dikotak beroda
pasang mata disebalik tiang
tonton manusia beronda dangan letihnya
batang jalan mula lenggang
mentari terik mungkin asbabnya

kotak beronda mula mengah
lihat sesaknya dikaki lima
berjinjing plastik murah bohongya
aku tonton hingga telos, terus, berus...

-gila punya ending.

fuhh, meme seronok tengok orang shopping sakan. baju mcm2, tudung jgn cakap...rumpai laut segala semua versi jual. sumpah! santik!


bila da akhir2 ramadan ni, meme sure2 la terawih aku gongak. aku perempuan, kau tau kan.
bila perempuan dapur la. kuih raya mula bertepik-tepik. dr pagi hingga tgh malam tebonya.
tapi aku tak. aku lain.
aku kat hospital. bersama sis maya bergilir2-gilir di wad.

syukur dgn pinjaman kenikmatan yang kau diberi pinjam...
bila-bila masa Allah nak duga, 
bila-bila masa juga kau akan terduduk kelu tak terkata..
ingat setiap bibit kau cemuhkan....

TIKA SYAWAL :

alhamdulilah lagi sekali. aku satufamily dpt juga bersama beraya. tapi tahun ini lain
sebab arwah atok  tak bersama. serius lain. nenek pengubat rindu aku pada atok.
aku rindu cerita atok.pesan atok....kalau atok tau aku dapat masuk U, mesti atok seronok.
atok seronok mesti dgn air mata...haiishhh...aku xsuka air mata.



tahun ni, tahun bertuah aku kot, tak putus-putus rejeki hinggap.
aku gumbira.

jiwa aku da resah. 
dada da sembab. 
mata da kilat.
telinga da dengung.
fikiran aku carca marba.
tinggal sehari je utk aku menghabiskan masa kat rumah...
batuk teruk aku datang balik.
perit tekak...

aku takut esakan aku wat aku terpukul sendiri
remuk dada berbaur suram.
suram dialir disungai kelam
kelam disinar cahaya malam
malam yang hitam legam... 


nota cookies : 
-gud luck kawan2 yg dpt smbg degree. semoga korung berjaya! dan dipermudahkan segala urusan.
-gud luck juga opal trial esok. wat betei-betei na...

rasa tak terlambat lagi kot. okey.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.